Blogroll

Wednesday, 28 May 2014

Jalan-Jalan Selatan #melaka

Assalamualaikum kepada semua pembaca ! ;)

Fuh.. fuh.. maaf semua.. blog agak bersawang dan berhabuk.. Harap-harap tiada sesiapa akan claimn ubat batuk dan tekak kepada kami..kofh..kofh.. Permulaan blog 2014, dimulakan dgn cerite begini yer..    

Pada 18 April 2014 sehingga 20 April 2014 yang lepas, Weekenders Club telah mengadakan program reach dan teach iaitu : Jalan-Jalan Selatan #Melaka (JJS#Melaka) yang diketuai oleh Along *shiera nur* sebagai project director (PD) pada kali ini.. 'tahniah Along kerana berjaya menjayakan program ini di Melaka.'

Jumaat malam (18.04.2014), tepat pada 10.30 malam. Kenders dari belah Kuala Lumpur, Selangor dan juga Seremban mula berkumpul di Rnr Senawang dan bergerak ke Melaka secara carpoolin. Sedikit briefing dan pengenalan program dimulai sebelum semua kenders bergerak ke Melaka pada jam 11.30 malam. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk tiba di rumah penginapan di Kampung Bukit Durian, Umbai Melaka dengan selamat. Setibanya di sana, PIC makanan yang dikendalikan oleh *Armiza* terus ke dapur untuk membuat persiapan bahan masakan untuk saraan pagi pada keesokan harinya. ohsemmm sangat :)


For the first day programe di Melaka, bersamaan hari Sabtu (19/04/14) dimulakan dengan CSR (corporate social responsibilities) di Zoo Melaka. Setibanya disana, seramai lebih kurang 36 orang kenders dikumpulkan untuk mendengar briefing kerja serta pembahagian kumpulan yang telah dikendalikan oleh Pegawai Zoo terbabit.
Apalah sangat setakat mengutip daun-daun kering masuk tong sampah, menyapu dan mengemas sambil bertaaruf sesama kenders bukanlah masalah besar bagi kami... kan kenders..? Seharian kami menghabiskan masa di Zoo, sambil menikmati flora dan fauna serta sikap tolenrasi antara ahli dapat dilihat ketika melakukan aktiviti tersebut.. part nie, nak tak nak kena percaya.. :)  

Sebagaimana Allah berfirman,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat: 10)
Setelah jam menjengah hampir ke pukul 1.30 petang, kenders berkumpul semula di satu tempat khas untuk menikmati makan tengahari bersama. Walaubagaimanapun, terdapat sikit masalah dan kelewatan waktu untuk makan tengah hari dan menjalankan aktiviti seterusnya namun alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan jayanya. dah penat-penat mengemas, ada satu game yang telah dijalankan yang bernama '' Run Derr's" dikendalikan oleh *Hisham Mahir*. Kenders dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap satunya mendapat satu kad klu untuk menjayakan game ni sehingga tamat. Misi ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli kumpulan dan berkongsi idea untuk mendapatkan jawapan serta kreativiti memberikan jawapan dengan cara bergambar. Program ini diakhiri dengan seisi bergambar (acara wajib) dan bergerak pulang ke rumah penginapan untuk bersiap sedia BERBBQ pada malam tersebut.

nah...!! blanja gambar dulu barang berkeping dua....

















Setibanya di rumah penginapan, NO REST ! semua berkerjasama menyiapkan segala peralatan dan bahan-bahan masakan untuk BBQ. Alhamdulillah semua dapat menjalankan tugas masing-masing secara ohsemnya. Tugas kenders lelaki dari mencari kayu api (macam oldskool kot..) sampailah kepada tugas menyiang ikan, sotong, menghidupkan api dan bergilir-gilir mengipas serta menyiapkan air hidangan .. :)

As well, kenders girl di dapur menyiapkan apa yang sepatutnya dengan penuh kesenian dan ketelitian... chewah...!! dan yes everything goes well.... 

Alhamdulillah..

Bismillah 
*baca doa makan*















Keesokkan harinya Ahad (20.4.2014), Lollipop with Smile #2 mengambil alih program di mana pada kali ini WC telah berkolabirasi bersama ahli Ikram + Aqsa Syarif Melaka yang terdiri seramai 80 orang. Sebanyak 2 ribu batang lollipop diedarkan disekitar Dataran Pahlawan Melaka dan sekitar Bangunan Merah Bandar Hilir dengan senyuman 'yang paling manis' kepada semua orang awam termasuk pelancong asing dengan niat semoga sedikit sebanyak ianya dapat memupuk dan mengajar orang ramai untuk lebih memberi tanpa niat yang khusus.

Memandangkan WC telah bekerjasama dengan 2 badan NGO ini, pada waktu yang sama kita turut meminta sumbangan orang ramai kepada badan terbabit selain turut memberikan kesedaran tentang isu Palestine + Syria di sana. Alhamdulillah, masih ramai lagi rupanya yang bermurah hati untuk menyumbangkan wang ringgit dan memberi bantuan saudara seislam kita di sana yang berjuang sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan Islam. Sebanyak lebih kurang RM 1900 telah berjaya dikumpul dan hasil kutipan ini diserahkan sepenuhnya untuk diagihkan kepada penduduk Syria pada bulan puasa kelak..
Insha Allah, moga dengan izin-Nya..

 Selapas tamatnya program bersama, kami semua bergerak untuk makan tengahari di kawasan berdekatan dan destinasi terakhir kami di Masjid Selat Melaka untuk menunaikan tanggungjawab dan mengakhiri program Jalan-Jalan Selatan #Melaka pada kali ini...


























Diharapkan semoga kenders yang menyertai program kali ini mendapat ibrah masing-masing dan mana yang baik dijadikan ikhtibar dan mana yang terkurang harap diperbaiki lagi pada masa akan datang.


May Allah SWT bless us all, accept our duas, forgive our sins, multiply our hassanat, grant us good health, happiness and ultimately Jannah.


-Kender Imani-xoxo