Blogroll

Sunday 10 August 2014

RaSE 1435h adhoc event

1. Futsal Ramadhan | 11' Julai 2014 | Forum 19 Futsal, Petaling Jaya | 11pm - 2am


PD : Shamin


               Seramai lebih kurang 15 orang kaki-kaki tegar futsal kekender WC.. * bukan kaki-kaki bangku / kaki - kaki sorak mungkin.. * dengan gagahnya + gigihnya berlari mengejar sebijik bola di gelanggang futsal (takkan gelanggang takraw / tenis lak kan..) yang bertempat di Petaling Jaya. 
              Objektif utama yang ingin disampaikan adalah untuk memaklumkan puasa itu tidaklah sampai menyekat kepada sebarang aktiviti kegemaran terutamanya sukan tetapi sebaliknya melatih diri untuk lebih fokus + dedikasi di dalam bulan puasa, gitew.. (macam ayat cover majalah jer..!! =.='' ).. selain merapatkan jurang ukhuwah sesama ahli + mana2 kenders yg masih belum bkesempatan utk mengikuti program2 lain yg telah direncanakan wc sempena bulan Ramadhan kali ini.. 
               

2. Tarawih + Tahajud @ Broga | 18' Julai 2014 | Broga Hill | 6pm -4am

PD : Icam Mahir 

Broga di kala malam
               Atas niat yang satu.. (eh..!! byk kot niat..sbb byk y join ikut.. eheh.. ), seramai 21 kenders berjaya mendaki + menuruni Bukit Broga dengan selamat + dengan 'badang' nyer.. Alhamdulillah..... Hakikat + sepatutnya bukanlah keseronokan semata-mata yang dicari.. Berkesempatan untuk mendaki di bulan penuh berakah ini, pastinya menjanjikan seribu satu ibrah yang mungkin diperolehi oleh kender2 sekalian...

Jika sebelum ini, sudah 2x kenders beriftar di Bukit Tabur, kali ini beralih angin ke Broga pula..  * sebenarnya nak naik tabur kene permit..!!eheh..xsempat, agaknyer..  =P *  
Dapat beriftar bersama + berterawih + bertadabur Al-quran sesama kenders sambil menikmati keindahan + kenikmatan y  diberikan oleh-Nya menjadikan satu pengalaman berharga.. SubhanAllah.. Tidak dilupakan juga, panjatan doa2 kepada saudara muslim kita di negara2 bergolak terutamanya kepada Gaza.. 

Ucapan terima kasih kepada 'persponser sponser' bunga api... he3.. cayalah.. sambil kelip2 mata terkena silauan pancaran bunga api...
* walaupun rayer lambat lagi... *

Bunga api di hati..... ewah..!! cam lirik lagu laa pulak.. :)

Nie jer gambO nampak ruper setelah difilter cerah...

Insha Allah, untuk mereka y tidak berkesempatan utk join event nie, pada kali ini, nantikan pula pd Ramadhan tahun hadapan jika diizinkan oleh-Nya... jgn keciwa-keciwa..  



3. Duduk-Duduk Baca Quran Untuk Gaza | 20' Julai 2014 | Taman KLCC | 4pm - 7pm


PD : Husna + e-ein + pipah + icam + taufiq


Satu usaha kecil wc dalam memperkasakan bacaan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan selain menunjukkan solidariti kepada Gaza..  Selain untuk memberikan kesedaran yang berterusan kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di sana...
Alhamdulillah... hampir seramai 40 kenders y diberi kelapangan untuk bertadarus bersama-sama + setiap ahli kenders dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menghabiskan setiap bacaan y telah ditetapkan... 

Event ini juga merupakan event hadhoc + event official yang terakhir dari WC.. Diharapkan sepanjang penglibatan kenders2 di dalam aktiviti + program y telah dijalankan oleh wc mendapat keberkatan + rahmat dari Nya.. Insha Allah.. doakan.. Semoga apa y telah kita sama2 kerjakan tidak menjadikan ianya sesuatu pembaziran + sia-sia..

     
* psstt...publish lepas rayer.. aci dop..? maaf.. lambat update...



No comments:

Post a Comment