Blogroll

Friday, 11 July 2014

SHANTOH #3

Cerita Shantoh kami..

Alhamdulillah, pada 5' Julai 2014 Weekenders Club sekali lagi telah mengadakan event Shantoh #3 sebagai permulaan program di Bulan Ramadhan kali ini.

Dengan kekuatan seramai hampir 80 orang kenders sebagai tenaga kerja + dengan membawa hati yang ikhlas + dengan senyuman sempurna, telah menjayakan event ini. Tahniah + syabas untuk kalian. Terima kasih juga kepada para penyumbang KK.. Semoga Allah jua membalas segala kebaikan yang diberikan..

Sebanyak 1500 bil. shantoh diagihkan di 3 lokasi utama di sekitar Kuala Lumpur.
Nah, layankan aje gambar2 di bawah nie + disisipkan sebuah cerita yang boleh diambil ikhtibar untuk direnung + bersyukur untuk lebih menghargai hidup.. Jangan lupa, next event WC.. Rewang Ramadhan 1435h.. jumpa di sana..
*pstt : nak gambar lain, kenelah pergi page WC.. :)

       Project Director                                                    Asst. Project Director           


team packaging

team 1 : Jalan Sultan Ismail
team 2 : Masjid Jamek

 team 3 : Jalan Chow Kit





Pengalaman #shantoh.

Pakcik ni aku jumpa masa selesai urusan agihan shantoh. Dia tengah duduk atas kerusi dekat dengan LRT Masjid Jamek. Aku nampak mulut pakcik ni terkumat kamit . Bila dah jalan sebelah dia , Allah. Tengah baca quran. Surah Baqarah. Tersentak aku .

Aku pun patah balik nak juga jumpa pakcik ni. Sampai je dekat dengan dia, mungkin dia perasan aku asyik tengok dia dari tadi. Dia terus bangun dari kerusi tu dan pelawa sungguh-sungguh untuk aku duduk dekat kerusi dia. Allah . Tersentak dan sentap aku. Homeless yang sering dicaci dan dihina masyarakat, punya akhlak islam yang lebih baik dari kita.

Bila bersembang, dia tak henti-henti ucap terima kasih sebab bungkusan shantoh tu walaupun yang bagi adalah orang lain. Allah. Dan tanya dia dah hafal quran ke , dia cakap sikit-sikit jela sebab selalu dengar masjid buka. Katanya dia tak reti membaca.

Sentap aku. Sungguh tinggi akhlak pakcik ini. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan beliau . Ameen.

Muka gembira pakcik ni dapat shantoh tu serious priceless :')

kredit : Zulfadli Zain




Eh..!! Hadiah istimewa...









No comments:

Post a Comment