Blogroll

Sunday, 20 July 2014

REWANG RAMADHAN 1435H


Rewang bukan untuk majlis kawen jer tau..!! hewhewhew... 

Bismillah +  salam kembali untuk event RaSE mggu ke-2 WC.. Kali ini dengan rasa 'berbesar hati', WC bergotong royong + bekerjasama dengan penduduk Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh menyediakan juadah iftar secara rewang bertempat di Maahad Tahfiz An-Nur. Seramai 60 kenders yang terlibat secara langsung bagi menjayakan event kali ini.


 PD event 
APD Event

          Rewang Ramadhan yang pertama kali ini diadakan adalah untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada adik-adik Raudhatus Sakinah + Maahad Tahfiz An-Nur. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan serta tunjuk ajar dari penduduk kampung program ini takkan mampu berjalan dengan baik. Terima kasih kepada tOk ketua kerana sudi membenarkan program ini diadakan.

Tok Ketua
            Menu utama yang disediakan adalah nasi putih berlaukkan ayam goreng masak berlada, kobis goreng, ikan gelama masin, gulai daging masak kuning serta bihun sup dan kuih muih sebagai pembuka selera.. Alhamdulillah, semuanya sedap2 belaka.. Ok, jom layankan gambar dahulu..

Kekender yang bersemangat waja 

Dedender yang ceria bersama

 .. geng kaki gossip
.. sibuk katanya

           Bagi majlis berbuka puasa, kenders dibahagikan kepada 2 team di mana sebahagian berbuka puasa di Maahad Tahfiz bersama penduduk kg. manakala seramai 25 orang kenders lagi berbuka di Raudhatus Sakinah.. *bil. terhad adalah atas permintaan pihak RS.. Maaf untuk mana2 kenders yang tidak dapat join berbuka di RS, insha Allah mungkin lain kali.. 

Sedikit perkongsian dari kender Zaki sebagai antara kender yang dapat berbuka bersama adik2 RS.. 

'' Jangan buka aib org, jangan dedah aib sendiri ''

Semua insan didunia tidak pernah lari dari kesilapan, jangan dipandang hina mereka yang telah berubah. Mungkin dia lebih baik dari kamu.
                         (Semoga istiqomah dalam penghijrahan kalian adik2 Raudhatus Sakinah)

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)  ~ crdt : Kender Zaki

            Akhir kata, terima kasih kepada semua kenders yang terlibat serta penduduk kg. yang telah bertungkus lumus sejak awal pagi + berjaya menyempurnakan amanah yang diberikan oleh KK funders kali ini. Mudah-mudahan segala penat lelah yang telah dikorbankan, mendapat redha-Nya.. Next week, penutup program RaSE 1435h : Grand Iftar @ Pusat Jagaan Al-Fikrah.. jumpa di sana.. 




* nak gambar lain, silalah ke page WC tau.. hehe..


'' Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak2 yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga dekat + jauh, teman sejawat mahupun musafir + hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri..'' Surah An-Nisa - Ayat 36

No comments:

Post a Comment