Blogroll

Sunday, 28 October 2012

Cook & Feed @ RS Selangor!

Salam all,

InshaAllah we'll be kickstarting our Cook & Feed series after Raya (&kahwin) holiday's streak, starting at RS this 4th of November (Ahad).

Raudhatus Sakinah (RS) ialah pusat pemulihan wanita/remaja yang bermasalah. Dalam siri Cook & Feed, kita akan ke rumah RS ni dan akan bersama-sama dengan mereka memasak dan makan bersama, tetapi kali ini, kita buat a bit extra, we'll give out food to the needy dekat area RS tu. This will be our 3rd time ke sana inshaAllah. :)

Location: RS, Selangor
Tarikh: 4 November 2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Peserta: 25 orang sahaja.

So if you want to experience a whole new dimension yang may change your perspectives, do hop along and try to sit in their shoes when you meet them, see the world from their view.

By the way, RS only limit 30 people je (termasuk AJK), and we will need your name & ID nanti to give to the pengurusan.

So first come first serve, and it's based on siapa yang isi borang.
Borang: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEJua1MwYWpGRElTNGdoYk95TjhBbHc6MQ

InshaAllah tentative as follows:

8.30 pagi - 8.45 pagi : Menunggu Ahli Weekenders

8.45 pagi - 9.00 pagi : Taklimat RS

9.00 pagi - 9.30 pagi : Sesi Taaruf

9.30 pagi - 11.30 tgh : Memasak

Menu
* Nasi Putih
* Ayam Masak Lemak
* Kobis Goreng
* Buah-Buahan
* Cookies

11.30 tgh - 1.00 ptg : Packing & Distribute Food

1.00 ptg - 2.00 ptg : Solat Zohor & Tazkirah

2.00 ptg - 3.00 ptg : Makan Tengahari

3.00 ptg - 4.00 ptg : Sesi Santai & Sharing

4.00 ptg - 5.00 ptg : Solat Asar Berjemaah

5.00 ptg : Salam & Bersurai

Please do follow the event page for updates. :)

Do invite your friends if you want to.

Jazakallah khayr katheera,

May Allah bless and permudahkan and accept our deeds. Amin.

Say NO to wasted weekends.
Hisham Mahir
Go Weekenders!

assisting,
Syafiqah Abd Malek,
Project Director
Cook & Feed @ RS

Tuesday, 23 October 2012

Jaulah Masjid

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim)

Assalamualaikum, semua yang membaca :) 

Alhamdulillah.
"Jaulah Masjid" yang melibatkan Kender-sisters sangat menyeronokkan. Program ni timbul gara-gara semua orang nak kawen atau semua orang kena pergi kenduri kawen,
semua orang nak buat open house atau semua orang nak pergi open house,
(bulan Syawal lah katakan.. )

maka kami-kami yang belum lagi ditakdirkan untuk kawen dan tiada kenduri kawen untuk pergi, yang belum ada rumah nak buat open house dan takde pula orang nak ajak g open house minggu tu ('single'nya -.-" ) berjaulah bersama-sama dari sebuah masjid ke sebuah masjid.
dengan menggunakan LRT Putra.

Yeay! Seronok. Walaupun kami tidak dapat menggembirakan orang lain dengan memenuhi jemputan, kami gembira memenuhi jemputan masjid-masjid yang senantiasa terbuka :) 

Dhuha di Masjid UIA (LRT Gombak)
Zuhur di Masjid Salahuddin (LRT Tmn Melati)
Asar di Masjid Muadz (LRT Setiawanga -tapi pergi guna kereta)

Antara Zuhr dan Asar, kami penuhi dgn taa'ruf, dan sharing moment, saling ingat mengingati tentang kehidupan dunia, dan akhirat.

Perbincangan kami seakan-akan dikonklusikan dengan slogan di pintu keluar Masjid Muadz,
"Terima Kasih. Selamat Jalan. Berjemaah itu lebih baik dari berseorangan."

Allahuakbar.  

Selepas asar, kami minum petang di Tasik Ampang dan kami bergambar :)

InsyaAllah, bila-bila nak buat Jaulah Masjid lagi dengan pengisian yang lebih mendalam,
dan bi iznillah, saya harap,
anda ada ketika Jaulah Masjid # 2 diadakan nanti! :')

Oh yess. Jaulah tu perkataan Arab, maksudnya menjelajah, jalan-jalan makan angin, sort of :D , yang mendekatkan kita pada Pencipta..
Ye, semua perjalanan kita mmg insyaAllah mendekatkan kita pada Allah.. kan :)


Moga Allah redha, moga Allah kaseh.
Assalamualaikum.
Ikhlas,
Kender Cheya :)


Jom sama2 kutip pahala :)


In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum wrb! :)

Bagaimana iman korang hari ini? Makin mantap? InshaAllah, makin mantap hendaknya.

Ehem. Yuk! Kita kutip pahala lagi?!

Baiklah,  seperti yang kita tahu, hari Arafah (9 Zulhijjah) ni, adalah hari yang sangat osem untuk kita semua! Rugi bagi mereka yang mensia-siakannya. Kerna, terlampau besar ganjarannya yang Allah beri kepada kita, subhanallah!

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah SAW yang ertinya : “Diampun dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (Muslim)

Fuh! Diampun dosa setahun lalu dan setahun akan datang. Siapa taknak kan? 


Maka, yuk! Kita puasa hari Arafah!

Eh, tapi bila ye hari Arafah? :)

Hari Arafah, inshaAllah jatuh pada esoknya, iaitu hari Khamis bersamaan dengan 25.10.2012. Puasa sunat Arafah. Setahun sekali je. Lagi lagi sekarang ni, maghrib dah sangat awal. Pukul 7 dah boleh buka puasa. Takde alasan kan untuk tidak puasa? Except for those who can't fast. Then, nevermind. InshaAllah next time :)

Dan, biarlah diniatkan kerana Allah swt. Bukan diniatkan kerana ingin diampun dosa lalu dan akan datang mahupun buka puasa awal, ya?

May Allah bless us!
AGM @ Serdang

Say NO to wasted weekend,
Husna,
Go Weekenders!

Monday, 22 October 2012

Video : 1st AGM @ Mardi, Serdang

In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum wrb! :)

Semalam bersamaan dengan 21.10.2012 (Ahad), Weekenders Club telah mengadakah our first AGM at Mardi, Serdang. Alhamdulillah, praises be to Allah, everything went well.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan cemerlang sekali! AGM yang sangat santai dan sempoi. Bermesyuarat sambil makan-makan dan minum minum. Alhamdulillah, tidak terasa beratnya mesyuarat yang dibawa oleh bro Icham merangkap president Weekenders. :)

Generasi Y, tidak suka benda yang too serious, and take too long, cause they will get bored easily kata Proff Latiff. Weekenders maybe what this generation need. ^__^

For those who couldn't come to the event semalam, here's a snip of the fun you missed. Hehehe. The fun bits includes game Frisbee (yg tak direkod sebab orang pegang kamera pun main jugak. huhu), board games, masak spaghetti, and certainly being with all Kenders. :)


Credits to Syahid Oblind yang bertungkus lumus dalam menyiapkan video AGM.

Dan thanks kepada semua yang hadir dan memberi sokongan semalam! Semoga Allah membalasnya. Alhamdulillah. Nanti kita jumpa lagi, inshaAllah.

May Allah accept our deeds. Amin.

Say NO to wasted weekend,
Husna,
Go Weekenders!

Sunday, 21 October 2012

Weekenders' AGM @ Mardi, Serdang

salam all,

alhamdulillah! do u know u guys are all awesome today?

thanks siapa yang bawak makanan. thanks siapa yang bawak peralatan. thanks siapa yang bawak payung dan tikar. thanks siapa yang bawak frisbee dan game. thanks siapa yang banyak bersabar. thanks siapa yang main gitar dan nyanyi lagu yang sangat sedap tadi. dan thanks siapa yang bawak hati yang ikhlas. :)

jazakallah khayr for a wonderful day. yang stayback sampai petang tu macam berat je hati nak balik kan? huhu. :)

doakan yg dilantik tu boleh carry out their duty dengan sebaiknya.

"Leadership is not hierarchical, a leader is among the people, not over them."

oh anyway, JK yang dilantik tadi;

presiden: erm..saye, Mohd Hisham Md Mahir (Icam)
naib presiden: Khairul Ridhwan Abd Kadir (K)
secretary general: Che Safra Sulaiman (Cheya)
naib secretary: Syafiqah Abdul Malek (Syafiqah)
bendahari: Encik Shamin (Min/Mentos)

inshaAllah lepas ni akan usahakan untuk register dengan Registry of Society (ROS).

yang akan bawa Weekenders adalah Kenders2 (korang semua), dan macam pesan Prof Abdul Latiff tadi, Thomas Edison dia temui letrik, dan sekarang ni semua orang benefit daripada penemuan dia, bayangkan a world without electricity? Sepatutnya dia dapat tempat yang tinggi dalam jannah, tapi dia buat apa yg dia buat bukan sebab Allah, maka amalannya zero.

kita tak nak tergolong dengan orang yg banyak amalan tapi bila ditimbang bankrap. I pray that Allah forgives and accepts our deeds, walaupun sekecil membawa tissue/mengacau spaghetti. :) amin.

by the way, ni lagu yang Prof Latiff perform for Kenders:

Berita Kepada Kawan-Ebiet G Ade


Lagenda - Sheila Majid

Say NO to wasted weekends,
Hisham Mahir
Go Weekenders!

Wednesday, 17 October 2012

Weekenders' AGM @ Mardi, Serdang

p/s: credit to Syahid Oblind.com Rosley of Bro Arts for this wonderful poster. :)




Weekenders' 1st AGM @ Mardi, Serdang
(FB Event Page: https://www.facebook.com/events/346496122106436/)

Picnic style!

Assalamualaikum and peace be upon you.


------------------

Theme: Picnic style. Sila bawak payung2 comel, tikar2 comel, pakai warna2 ceria (e.g. warna merah nyala, biru langit, hijau pohon, pink sakura, kuning spongebob, oren oranje, ungu xpax, dll :P)

Tarikh: 21 Oktober 2012

Masa : 7.30 am until Zuhr (Meeting starts at 9.00 am inshaAllah)

Venue: Kawasan Rekreasi MARDI, UPM, Serdang. (reachable by KTM Serdang, then we will arrange pick up inshaAllah)

Makanan: Potluck, although ada Spaghetti/Pasta akan disediakan for lunch. Love starts when we share. (aww terasa sweet pulak ^__^)

Siapa yang nak join sila isi form ni. Untuk memudahkan urusan :)
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dG5wcE81UlJDNl91NXM4WV9JV1lHcnc6MQ#gid=0

Contact Person:

K : 0133011242
Icam : 01119731645
Safra : 0173021971

-------------------

Tentatif:
0700am
arrival
senamrobik/kalau malas, boleh main frisbee.

0800am -
breakfast
preparation sambil tunggu orang lain sampai.

AGM Starts
0900am -
pembukaan, doa, ucapan alu2an.
apa Weekenders ni?
taaruf ringkas Kenders.
persembahan selingan

1000am -
perlantikan AJK Weekenders (presentasi since tak kenal2 lagi kan calon2)
persembahan selingan
sambung perlantikan (voting)
persembahan selingan

1100am -
introduction of Weekenders' punya lineup.
tayangan video aktiviti2
speech by Weekenders' President
pelancaran Weekenders Club
nyanyian lagu Weekenders

1200noon -
lunch
berkenal2an
discuss future events

1300pm -
tazkirah
zuhr prayer
sambung makan2.

1400pm -
sambung discuss future events.

1600pm -
main frisbee
penat dan kemas balik

--------------------

Map to venue:



*PEMBETULAN:
Signboard 'Simpang ke MARDI' di Junction 5 dari SKVE Highway. (Please note landmark2 yg terdekat, IOI Resort, Hospital Serdang, MAEPS (bumbung biru yg besar tu)
Pintu 2 masuk ke MARDI.
Terus sampai jumpa tasik besar on your left. masuk ikut situ. :)
Dia dekat hujung2 tu, dekat wakaf.

We Join. We Enjoy. We Celebrate. Let's Dance.


Say NO to wasted weekend!
Go Weekenders!

Tuesday, 9 October 2012

Makan-makan #1 at Wangsa Walk

Assalamualaikum.

On 15th of September 2012, we had our first makan-makan at Wangsa Walk mall at Sweet Bowl Dessert House. Kenapa dekat sini? Sebab ada yang cakap Honeydew sago kat situ super awesome and we must try it.

Sampai-sampai je kat cafe tu, beberapa orang dah menunggu. Tengah makan actually.

So, first,taaruf. Cerita tentang orang kat depan kita. Break the ice. Tahu sedikit sebanyak. Tahu sape yang rapat dengan sape. And it gives chance to everyone to know each other. Alhamdulillah.

Makan-makan. Everyone like old friends. Makan sampai tak ingat dunia. Sampai orang cafe tunggu dengan penuh kesabaran je tunggu kami habis makan. Maaf!

Selepas makan, terus agenda ke game. Game "Life" yang pastinya. Kerananya ada yang duk post kat page tentang game ni. Best ke? First thought. Bile diajar, ooh.. Game ni mengajar seribu satu akal untuk ‘bina’ masa depan. Tak termasuk curi passport orang, curi rumah orang, curi anak orang.

Bila dah makan sekali, dah main sekali, the barrier between each others sedikit demi sedikit dah hilang.

Well, bukan senang nak duduk sama meja dengan orang yang tak biasa dan siap main game sama-sama.

Alhamdulillah













Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dalam ingatan setiap weekenders

Say No to wasted weekends.