Blogroll

Tuesday 23 October 2012

Jom sama2 kutip pahala :)


In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum wrb! :)

Bagaimana iman korang hari ini? Makin mantap? InshaAllah, makin mantap hendaknya.

Ehem. Yuk! Kita kutip pahala lagi?!

Baiklah,  seperti yang kita tahu, hari Arafah (9 Zulhijjah) ni, adalah hari yang sangat osem untuk kita semua! Rugi bagi mereka yang mensia-siakannya. Kerna, terlampau besar ganjarannya yang Allah beri kepada kita, subhanallah!

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah SAW yang ertinya : “Diampun dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (Muslim)

Fuh! Diampun dosa setahun lalu dan setahun akan datang. Siapa taknak kan? 


Maka, yuk! Kita puasa hari Arafah!

Eh, tapi bila ye hari Arafah? :)

Hari Arafah, inshaAllah jatuh pada esoknya, iaitu hari Khamis bersamaan dengan 25.10.2012. Puasa sunat Arafah. Setahun sekali je. Lagi lagi sekarang ni, maghrib dah sangat awal. Pukul 7 dah boleh buka puasa. Takde alasan kan untuk tidak puasa? Except for those who can't fast. Then, nevermind. InshaAllah next time :)

Dan, biarlah diniatkan kerana Allah swt. Bukan diniatkan kerana ingin diampun dosa lalu dan akan datang mahupun buka puasa awal, ya?

May Allah bless us!
AGM @ Serdang

Say NO to wasted weekend,
Husna,
Go Weekenders!

No comments:

Post a Comment